Ahad, 25 April 2010

Mesyuarat penaja Perkim Ranau


Perkim cawangan daerah Ranau telah mengadakan mesyuarat penaja pada 15 April, 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Ranau. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Junaidi Sahat telah sebulat suara bersetuju menubuhkan Perkim di Daerah Ranau.

AJK penaja telahpun dilantik iaitu dipengerusikan oleh Encik Junaidi Sahat, Ustaz Nordin Abdul Salam (Naib Pengerusi), Encik Kamaruddin Abidin (SU), Tuan Hj. Yuman Sikin (Bendahari) dan AJK terdiri daripada Encik Abdul Rahman Kimbuyu, Tuan Hj. Amran Muntu, Tuan Hj. Saily Juhalip, Encik Maratah Gitom, Encik Zainurin Sahat, Encik Jardern Datuk Hj. Jirin, Ustaz Hainin Abdullah, Encik Suhaibul Suriman, Puan Sri Hjh Rosni Ambuting dan Cik Kalmilitha Sahiron.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Tuan Hj. Faimin Kamin selaku Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Ranau. Lebihkurang 30 orang hadir pada mesyuarat tersebut.

Sebagai makluman, PERKIM Bahagian Negeri Sabah telah mendapat kebenaran untuk menubuhkan cawangan berdasarkan rujukan surat PPM/SBH.76/61-226.

Bro> " sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara " - Al-Hujarat :10

Tahniah BN PRK HS!!!


Gundohing nak bagi ucapan tahniah diatas kemenangan BN di PRK HS..terutamanya kepada para pengundi dan petugas-petugas BN..majoriti kemenangan 1,725 satu keputusan membanggakan. Syukur keatas Illahi!

Kemenangan ini membuktikan bahawa BN sudah kembali dihati rakyat. Dan tentunya kesungguhan PM DS Najib sekarang mentadbir negara banyak membantu mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.

PRK Sibu tidak lama lagi akan dibuka gelanggang, dan ramai penganalisis politik berpendapat bahawa PRK Sibu adalah gelanggang gambaran untuk P'raya Sarawak yang tidak lama lagi akan diadakan, mungkin pada tahun ini.

Ketemu didalam PRK Sibu inda lama lagi...tahniah rakan2 bloggers pro kerajaan yang banyak memberikan maklumat di PRK HS..

BN MAMPU BERUBAH...

Jumaat, 23 April 2010

JUARA RAKYAT KG. KIBBAS






Penganjuran Juara Rakyat pada 17-18 April di Kg. Kibbas cukup meriah. Berbagai aktiviti telah diadakan termasuklah sukaneka, ceramah-ceramah, pameran-pameran jabatan dan agensi kerajaan, perlawanan bolasepak dan bolatampar persahabatan antara pemimpin-pemimpin, pertandingan Nyanyian 'Juara Rakyat', kenduri kampung, Tayangan layar bistari (Jab. Penerangan Ranau) dan cabutan-cabutan tiket bertuah.

YB Datuk Hj. Masidi Manjun (Adun Karanaan), YB Datuk Siringan Gubat hadir ke program berkonsepkan 'mini ekspo'.

Pengerusi pelaksana program, Encik Wahab Rashman berpuashati dengan kejayaan penganjuran program tersebut yang melibatkan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Seramai lebihkurang 1,500 pengunjung hadir sempena program tersebut.

USIA Ranau


Tahniah kepada USIA Ranau kerana berjaya memulihkan semula Bahagian yang telah lama 'tertidur seketika' .Saf kepimpinan baru yang diterajui oleh En. Wasimin Rasim diharap akan mampu merubah semula wajah USIA Baru di daerah Ranau.

Dalam hidup berpersatuan, kepimpinan tentunya tidak lari daripada berbagai cabaran. Apatahlagi bilamana USIA Baru ini mengambil alih tampuk daripada kepimpinan USIA Lama.

Apapun tangani dengan sikap keterbukaan dan 'pro', bukannya bersikap emosional. Yang ditakuti bila beremosi, banyak yang terdedah sana-sini. Akhirnya menampakkan siapa kita yang sebenar.

Diharapkan agar banyaklah aktiviti-aktiviti bersepadu dilihat selepas ini bersama dengan pihak NGO yang lain atas dasar 1 perjuangan..

Pandang pandang PRK HS..



PRK HS semakin menghampiri kemuncak dengan berbaki kurang daripada 48 jam. Apa yang paling penting untuk voters di PRK HS ialah keterbukaan minda dalam membuat keputusan terbaik demi memenuhi aspirasi bersama bukannya berdasarkan kepada emosi semata-mata.


Apapun, BN diramal akan memenangi PRK HS berdasarkan kepada kekuatan peluru-peluru berbisa dan mampu menembusi kekebalan kubu pihak PR.


Kredibiliti calon PR, Zaid Ibrahim sejak mula hinggalah diakhir kemuncak masih boleh dijaja disana sini. Ditambah dengan kelesuan gerakan PR yang ternyata kucar kacir dengan seribu alasan. Bala tentera BN yang ternyata cukup mengancam mampu memusnahkan setiap serangan-serangan pihak musuh.


Kehadiran pemimpin-pemimpin berpengaruh BN memberikan sumber semangat baru kepada rakyat HS.


Maka atas dasar pendekatan simple BN kali ini, PRK HS mampu dikembalikan kepada BN atas faktor kelemahan PR terutamanya soal calon (penilaian semasa)


TAPI harus diingat...tentunya esok adalah penentunya! Beringat dan berwaspada kerana selalunya strategi terakhir sering memerangkap..